HAMZAH AWANG
<- AMAT (PAK HAMZAH)
Penerima Anugerah Seniman Negara Pertama ini dilahirkan pada tahun 1940 di Kampung Kebakat, Kelantan. Hamzah Awang Amat atau lebih dikenali sebagai Pak Hamzah meminati wayang kulit semenjak berusia belasan tahun melalui pemerhatian kesenian ini di sekitar kampungnya.
Kewibawaan Pak Hamzah bukan sahaja sebagai seorang pemain mahupun pembuat alat persembahan wayang kulit, malah beliau telah berupaya mengangkat seni wayang kulit ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, penglibatan beliau sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi telah berjaya menghasilkan metodologi pengajaran seni muzik wayang kulit Kelantan yang amat efisyen, sistematik dan komprehensif.
-_-
Pada tanggal 1 Januari 2001, Hamzah Awang Amat telah kembali ke rahmatullah dengan mewasiatkan wayang kulit ini kepada kita, generasi baru yang akan meneruskan perjuangan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Al Fatihah.