KESIMPULAN
Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu.
Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaan masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan, tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu.
Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistem kepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan mereka masih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilai individualistik akibat pengaruh budaya barat.